Monday, March 4, 2013

Entry ini saya post kan ....luahan hati seorang bapa yg kecewa dengan anak yg tak mengenang budi...yg telah bersusah payah ibu bapa membesarkan dan memperjuangkan pendididkan nya agar berpelajaran tinggi. Akhirnya segala usaha itu sia-sia..anak bukan saja tidak terima malah berburuksangka terhadap ibu bapa yg memperjuangkan nya...Salam utk semua yg bagi komen.

Saya bersama istri saya tanpa sengaja terbaca entry ini (Dalam Blog anaknya INI) sewaktu kami cuba google satu keperluan. Mula saya baca, kemudian saya suruh istri saya baca tapi dia cakap abg tolongla bacakan saya dengar apa yg ditulis tu. Belum habis saya membaca istri telah sebak dan berurai air mata...sambil meratap inikah anak saya kandung 9 bln..yg saya usung kesana sini,saya besarkan dengan begolok begadai, bekerja dari pagi sampai 12tengah malam tiap2 hari...inikah ya Allah... ratapnya..saya pun tak sabar melihat nya pun turut begenang airmata.

untuk pengetahuan anda semua. Kami ini adalah pendatang dari seberang dgn kata lain kami ini hanya pemegang IC merah bukan melayu tempatan. Jadi dgn keadaan kami itu ,apa lah sangat yg boleh kami buat dengan sekatan dan keterbatasan sebagai orang asing.

Saya berkenalan dgn istri saya hanya sekejap(2bulan), terus kami memutuskan utk menikah dgn tujuan utk dapat saling membantu dlm membina hidup. Tentu kebanyakan dari anda tidak merasakan betapa perit nya hidup di negri orang jika kita tidak berpelajaran yg tinggi dan membawa modal harta kekayaan dari keluarga. Itulah yg kami alami dari tahun ke tahun sebagai orang asing yg tdk dapat apa2 kemudahan sebagaimana orang tempatan.

Saya bekas pemimpin mahasiswa dan berhenti kuliah dlm tahun 2 di sebuah universiti di Jakarta. Melarikan diri dari indonesia kerana berseberangan pahaman politik dgn pehak perintah.
 Sementara istri saya di bawa merantau oleh ibunya dalam umur 12thn yg juga terpaksa berhenti sekolah menengah rendah kerana keperitan hidup keluarga.
Jadi kami suami istri memang bukan berpelajaran tinggi dan juga tidak membawa harta kekayaaan keluarga masa berhijrah ke negri ini utk dapat dijadikan modal.

Dalam keadaan begitu anda boleh bayangkan apa yg mampu kami lakukan selain bekerja keras dlm bidang kemahiran yg kami ada.

Setelah 1Thn pernikahan kami lahir anak pertama perempuan. Sebagaimana seluruh pasangan didunia ini tentu kami juga mempunyai impian dan cita2 utk membesarkan anak dengan harapan menggunung semoga anak yg dididik boleh berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi agar lebih senang kehidupannya berbanding ibu/bapa yg tdk sempat berpelajaran tinggi kerana keadaan, bukan kerana kami bodoh dan tidak pandai belajar.
 Jika kehidupan nya lumayan  senang, tentu bolehla kami sebagai ibu/bapa menumpang !. Salah kah jika ibu/bapa beranggapan begitu ?...saya ingin bertanya kapada anda semua..??

Dengan demikian kami berusaha keras mendidik anak kami, hingga baru berumur 3thn dia sudah boleh membaca...kerana keinginan nya yg sangat kuat utk sekolah kami masukkan dia disebuah sekolah agama di Ampang dekat dgn rumah..kerana semua tadika tdk mau menerima kerana baru berumur 3thn.
Sewaktu anak berumur 7thn hendak masuk ke darjah satu sekolah rendah, suasana masyarakat indonesia dgn Malaysia agak meruncing hingga ada beberapa sekolah agak mengambil tindakan extrem...tidak mau menerima kemasukan pelajar yg ibu/bapa pemegang IC merah. Saya pergi bertanya ke Kementerian Pelajaran malah berjumpa dgn setia usaha sulit mentri, jawabannya pada saya tdk ada arahan menyekat mana2 anak pemegang IC merah utk bersekolah di sekolah kerajaan katanya.
Kerana menurut undang-undang negara Malaysia,mana2 anak yg dilahirkan di Malaysia yg salah seorang ibu atau bapa pemegang IC Malaysia maka anak tsb adalah warga negara Malaysia dan layak mendapat apa2 kelayakan sebagai warga negara.Dato' setia usaha sulit tsb menerangkan kepada saya.
Tapi Dato !! nyata nya anak tdk diberi masuk ke darjah satu...jawab saya. Mana boleh macam ni ketusnya. Lalu Dato'setia usaha sulit mentri mengambil Letter Head lalu menulis memo dan arahan di chop dan sign.
" Encik bawa surat ni, jumpa mana mana guru besar sekolah berhampiran rumah encik "...suruh pada saya.
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya memasukan anak saya ke darjah satu pada 7 january 1994 hari JUM"AT, setelah budak lain semingu lebih dulu belajar. Begitulah perjuangan kami utk memajukan pendidikan. Kami tak jemu bertanya dan merayu demi masa depan anak kami...yang pada mulanya hampir putus asa...disebabkan banyak pehak sekolah yg extrem.
Kerana kesusahan yg kami hadapi itu , kami selalu tak jemu2 menasihati anak kami agar belajar betul agar panadai dan cemerlang dlm pelajaran supaya segala perit usaha kami itu berbaloi.

Alhamdulillah syukur kehadirat Allah dia sentiasa menjadi pelajar yg cemerlang disekolah rendah juga pelajar terbaik (KAFA) di sekolah agama  hingga menamatkan pelajaran di Universiti Teknologi Malysia(UTM)dgn Ijazah sarjana muda.
Sebagai ibu/bapa kami mau dia belajar lebih tinggi sampai ke Master malah PHD kalau boleh. Kerana kami ber anggapan kami masih mampu utk bekerja dan menyara hidup kami...biarlah dia belajar lagi, jika punya pendidikan tinggi tentu juga boleh dapat kerja yg lebih bagus senang hidup dia...kut2 sebagai ibu/bapa kami boleh menumpang.
Kerana hal itu kami yakin kan dia belajar la dulu mengapa hendak kahwen cepat sangat..dia baru saja tamat belajar.
Berbagai cara kami cuba halangi agar dia mau belajar dulu...tapi nampaknya segala apa yg kami rasakan baik utk dia , dia tdk terima....malah dia berburuk sangka pada kami yg  bergolok begadai sepanjang masa demi kesuksesan dia...specially ibu dia yg bekerja menjahit sampai 12malam tiap2 hari...inilah kenyataah hidup yg kami hadapi setelah penat lelah memperjuangkan anak.

Sebagai orang asing pemegang IC merah, kami tidak layak menyewa mana2 rumah kerajaan atau Dewan Bandaraya, kami terpaksa hidup menyewa rumah sehingga kini (30thn) dari mana2 rumah persendirian.
Kerana hal itu, kami ibu bapa merayu pada dia meminjam nama dia utk membeli rumah murah, cuma pinjam nama, segala biaya deposit ansuran bulanan kami bayar sendiri kerana kami masih mampu utk bekerja sedangkan sekarang kami masih menyewa rumah dan kedai, kenapa sewa itu tak kita jadikan ansuran beli rumah murah, yg pada nantinya akan di wariskan ke dia sebagai anak. Salahkah ibu bapa merayu memohon pinjam nama anak utk beli rumah yg nantinya masih akan menjadi miliknya juga. ??

 Nampaknya...apa2 yg kami rancang semua tidak disukainya dan malah berburuk sangka pada kami ibu bapanya.
Manusia boleh saja cemerlang dalam pelajaran dan agama disekolah, namun sebagus mana dan cemerlangnya pendidikan itu belum tentu meresap ke dalam jiwa dan bisa merobah akhlak menjadi mulia.  Allahua'lam

Akhir kata, bagi kami ibu bapa biar lah, tak mengapa...hanya Allah yg maha tahu..
kami sudahi rasa hati kami yg perit ini dgn linangan airmata....moga ianya menjadi pedoman dan sempadan bagi ibu yg lain ..

Salam...